Friday, October 19, 2012

Debaran Sepak Mula Liga Malaysia 2012...


Lama betul tak sembang pasal bola ni. Sekarang ni dah nak masuk musim baru 2012. Perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan diadakan padaSabtu ni, 7 Januari 2012 diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Pada asalnya perlawanan ini sepatutnya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Namun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan di Kota Bharu sekarang, perlawanan itu terpaksa dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh pasukan The Red Warriors bagi menghadapi musim 2012. Pasukan telah diperkuatkan dengan beberapa pemain baru, termasuklah pemain-pemain import. Selain kembalinya 3 pemain yang mencipta kontroversi musim lalu, Indra Putra, Norfarhan & Azizi, The Red Warriors menyaksikan kembalinya seorang lagi pemain kelahiran Kelantan yang sudah merantau ke beberapa pasukan lain sebelum ini,iaitu Azlan Ismail. Kelantan juga mengikat 4 orang pemain import bagi menguakan lagi pasukan, terutamanya bagi cabaran Piala AFC 2012.


Antara jersi utama The Red Warriors 2012

 Logo baru Kelantan FA

Sebagai penyokong, apa yang diharapkan adalah semoga skuad bimbingan Peter Butler ini mampu menampilkan aksi yang terbaik sepanjang musim bagi merangkul seberapa banyak kejuaraan yang disertai. Walaupun Kelantan menang dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim, namun itu belum mampu melegakan hati penyokong kerana banyak lagi kekurangan dalam aksi sepasukan The Red Warriors. Semoga masalah ini dapat diatasi segera agar tidak menghalang niat kita untuk melihat skuad The Red Warriors merangkul beberapa piala musim ini.

Apa pun, kami sebagai penyokong tetap berdiri teguh di belakang pasukan. Semoga The Red Warriors terus cemerlang di tahun 2012...

Gomo Kelate Gomo...

Saturday, October 13, 2012

Sebab Dia(artworkku) tAngan aku sakit

Proceed by En. Burn
70%


12inc X 24inc
60%>80%

Bajet mase untuk buat kerja logam ni lebih kurang 4 minggu. 2 minggu proses tunjuk motif kt lecturer...2 minggu lg untuk siapkan ukiran logam ni...harap- harap dapat ciapkn dlm mase t'dekat. InsyaALLAH!!
walaupun tangan sampai bengkak2 artwork tetap ARTWORK.....

~kRiTiKaN & pEniLAiAN sEni~

Kritikan seni


Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.


PROSES APRESIASI SENI/ PENILAIAN KRITIKAN SENI


Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses

Apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni

berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan

b) Menganalisa

c) Tafsiran

d) Penilaian


A. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,

bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.


B. MENGANALISA

i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip

dan stuktur

ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

iii.Menghauraikan stail sesuatu karya.


C. TAFSIRAN

i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,

symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan

ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk

menjelaskan makna tersebut.


D. PENILAIAN

i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti

keaslian, gubahan, teknik dan fungsi

ii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,

keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Wednesday, August 29, 2012

sEbutir mUtiara

♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ Di hati ini... Punya sedikit rasa buatmu Tapi maafkan aku... Tidak akan ku biarkan rasa itu bertambah mekarnya Kerana belum tentu kau pemilik selayaknya... Bukan niatku untuk menjauh... Aku hanya ingin memelihara rasa itu... Jangan kau bersedih Dan terasa pedih ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ Andai rasa itu milikmu... Tiba masanya Dengan rela hati ku serahkan padamu... Sehingga tiba waktu itu.. Persiapkan dirimu.. Maka yang sama juga buatku... Andai sudah tiba waktu... Andai sudah tertulis aku untukmu... Kita pasti akan bertemu Dan bersatu... ♥ INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH SWT ♥ ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ <<~ ♥ ~>> ♥ •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*• Mєɲƈƛʀɩ Ʀєɗӈƛ Ɩլլƛӈɩ ~ ALLAH SWT MELIHAT ~ MALAIKAT MENCATAT ~ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ ❤ {:-)≈ AKAN TERUSS*Muhasabah diri*PÉRBÄìKì DìRì* (<:-) ❤ ★☆ ≈ 11 SYAWAL 1433 H ≈ ☆★ 【ツ】Sèñyüm【ツ】Syükür【ツ】Sèlålü【ツ】Såhäbätkü

Sunday, August 26, 2012

My ArtwOrk (part 1)

Huhhhh....ni lah antara hasil yg x seberapa sy buat mase sem1 dulu..... xcantik xpelar janji siap!!!! Hoooooreeeeyyyy Nak tau x sy xtido mlm di buatnya...jd burung hantu waktu siang b'jaga, pegi class semua muka mcm xbuleh blahh..haha Bak kata org
bersusah- suasah dahulu, bersenang- senang kemudian
Begitulah maunya.....