Tuesday, January 24, 2012

HAYATI......

(`'•.¸ Andai KEBURUKAN & KEKURANGAN yang kita CARI dalam diri seseorang,maka amat2 MUSTAHIL untuk kita NAMPAK KEBAIKANNYA..

(`'•.¸ Tetapi,jika kita sedia MENERIMA kekurangan seseorang,pasti kita akan nampak seluruh KEBAIKANNYA..KEKURANGANNYA DIREDHAI, KELEBIHANNYA DISYUKURI..

(`'•.¸ Dan janganlah mudah MENGHUKUM seseorang di atas KESILAPANNYA.. Kelak kita akan BUTA dengan KESILAPAN & KEKURANGAN diri kita..

AIR SEMBAHYANG



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita setiap hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah (cerahkanlah) muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri*, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindungilah diriku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan naungan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Setiap hari mendengar orang mengumpat, menguruk, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di bawah kuasa Allah

Friday, January 20, 2012

7 Fakta Hubungan Cinta Terjalin

KONGSIKAN!

Sememangnya adalah lumrah kehidupan sebagai manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Dan disebalik perhubungan antara kedua jantina tersebut mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama anda. 

(1) Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.
(2) Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.
(3) Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.
(4) Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.

(5) Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.
(6) Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.
(7) Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

SUMBER : top5reason.com
Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.
Maka berhati-hatilah dalam bercinta, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.