Wednesday, June 27, 2012

Kek Tiramitsu Simple


1- Satukan cream cheese, whipping cream ngan icing sugar dalam satu bekas.



2- Mixkan die pakai mixer seikhlas mungkin. hihi. sampai die gebu2 gitu. tengah2 nak gebukan adunan tuh, masukkan air perahan lemon k. pastu mix lagi.

 

Teruskan mix sampai die jadi warna putih dan macam icing. dan smooth. cam bawah ni.


3- Bila dah smooth, dah ok. boleh holdkan sekejap. kita wat kek tu plak. 
4- Untuk kek, potong kepada 3 lapisan. sebab kita nak wat cheese tu untuk 3 lapisan. baru sedap kan. oleh kerana ira beli kek span dari kedai, maka tengah2 die akan berlubang. haha. apa lagi, cheese banyak la nanti. ^^ sedap2. 


Pastu potong kek tu camni. [haha. potong pon nak tunjuk step ek. haha] 



taraaaa! kan dah jadi 3 lapisan kan. kan? kan? ^^

5- Lepas tu, korang kena letak air bancuan hescafe tanpa gula tu atas kek tu. siram die. tapi jangan basah sangat sampai meleleh2. ni just nak moist kan die.


6- Lepas basahkan kek tu, lapiskan dengan cheese pulak. cam bawah ni. budget2 jangan sket sangat n jangan banyak sangat. kalau banyak sangat takot yang atas nanti x cukup. lapis, jangan xlapis.


7- Ulang step 5 & 6 untuk lapis kek yang kedua dan ketiga. bawah ni dah sampai lapisan ketiga ^^


8- Pastu balut kek tu ngan full cheese. nanti korang akan nampak putih je. wat kemas2 ye.


9- Lastly, hias ikot kreativiti masing2. ^^ ini kek tiramisu ira ^^

Cara- cara membuat kek tiramitsu

Kek Tiramisu





Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar pati badam (optional)
1 cawan sirap kopi
360 gm (1 pound) mascarpone/ricotta atau krim keju
1 1/2 cawan krim putar
24 keping kek span ladyfingers
coklat parut/koko untuk hiasan

Cara Membuatnya :
1. Pukul kuning telur hingga kembang - 5 minit.
2. Masukkan setengah cawan sirap kopi dan pati badam.
3. Pindah ke periuk double-boiler dan kacau dengan pemukul telur selama 7 minit hingga pekat.
4. Pukul keju hingga lembut dan masukkan ke dalam adunan telur.
5. Pukul krim putar dan masukkan ke dalam adunan diatas. Kacau hingga sebati.
6. Susunkan ladyfingers dalam bekas kaca atau acuan tin berukuran 11x7 inci.
7. Sapukan baki sirap kopi keatas ladyfingers itu agar ia lembap. Ratakan 1/2 adunan krim keju.
8.Ulangi proses dan bahagian atas ialah krim keju.
9. Taburkan koko dan hiaskan dengan coklat hiris.Tutup bekas itu dengan plastic wrap dan sejukkan 3 - 4 jam atau semalaman sebelum dinikmati.

Membuat sirap kopi:
1 cawan air panas
3 sudu besar kopi segera Nescafe
2 sudu besar coffee emulco/pes kopi
6 sudu besar gula
- Kacau semuanya hingga larut

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.

Jangan gunakan perkataan
yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju.
Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang


1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh
menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan
semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan
mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,
bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah
keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada
generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar
hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha
lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran
semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar
adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main
dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang
yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah
lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak
terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi
peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau
peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar
yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah
mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat
guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi
'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian
bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan
yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda
andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'
Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang
mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota
ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk
mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan
pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan
semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan
selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan
pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang
yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,
maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah
mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota
pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah
tertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang
memberikan kita ilmu.

Pentas Dikir Eps 10 Separuh Akhir (Limau Manis-Mail Anak Kala- vs Sari B...