Friday, October 19, 2012

Debaran Sepak Mula Liga Malaysia 2012...


Lama betul tak sembang pasal bola ni. Sekarang ni dah nak masuk musim baru 2012. Perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan diadakan padaSabtu ni, 7 Januari 2012 diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Pada asalnya perlawanan ini sepatutnya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Namun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan di Kota Bharu sekarang, perlawanan itu terpaksa dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh pasukan The Red Warriors bagi menghadapi musim 2012. Pasukan telah diperkuatkan dengan beberapa pemain baru, termasuklah pemain-pemain import. Selain kembalinya 3 pemain yang mencipta kontroversi musim lalu, Indra Putra, Norfarhan & Azizi, The Red Warriors menyaksikan kembalinya seorang lagi pemain kelahiran Kelantan yang sudah merantau ke beberapa pasukan lain sebelum ini,iaitu Azlan Ismail. Kelantan juga mengikat 4 orang pemain import bagi menguakan lagi pasukan, terutamanya bagi cabaran Piala AFC 2012.


Antara jersi utama The Red Warriors 2012

 Logo baru Kelantan FA

Sebagai penyokong, apa yang diharapkan adalah semoga skuad bimbingan Peter Butler ini mampu menampilkan aksi yang terbaik sepanjang musim bagi merangkul seberapa banyak kejuaraan yang disertai. Walaupun Kelantan menang dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim, namun itu belum mampu melegakan hati penyokong kerana banyak lagi kekurangan dalam aksi sepasukan The Red Warriors. Semoga masalah ini dapat diatasi segera agar tidak menghalang niat kita untuk melihat skuad The Red Warriors merangkul beberapa piala musim ini.

Apa pun, kami sebagai penyokong tetap berdiri teguh di belakang pasukan. Semoga The Red Warriors terus cemerlang di tahun 2012...

Gomo Kelate Gomo...

No comments:

Post a Comment