Saturday, October 13, 2012

~kRiTiKaN & pEniLAiAN sEni~

Kritikan seni


Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.


PROSES APRESIASI SENI/ PENILAIAN KRITIKAN SENI


Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses

Apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni

berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan

b) Menganalisa

c) Tafsiran

d) Penilaian


A. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,

bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.


B. MENGANALISA

i.Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip

dan stuktur

ii.Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

iii.Menghauraikan stail sesuatu karya.


C. TAFSIRAN

i.Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,

symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan

ii.Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk

menjelaskan makna tersebut.


D. PENILAIAN

i.Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti

keaslian, gubahan, teknik dan fungsi

ii.Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,

keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

No comments:

Post a Comment